Diari Ringkas PPN
Selasa, 4 Ogos 2015 - Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pengurusan Perniagaan telah diadakan di Makmal Kuliah. Jamuan ini dihadiri oleh semua warga PPN iaitu Tahun 1 SVM, Tahun 2 SVM serta Tahun 1 DVM
Jumaat, 11 Oktober 2014, Senarai penerima Anugerah pengarah untuk pelajar tahun 2 PPN bagi Semester 3, 2014 dan pelajar tahun 1 PPN bagi Semester 1, 2014 telah pun dipaparkan dan majlis penyampaian Anugerah Pengarah telah dilakukan pada 11 Oktober 2014, bersamaan hari Jumaat lepas.
Selasa 11 Mac 2014, pelajar PPN tahun 1 dan tahun 2 mengadakan lawatan sambil belajar ke Arkib Negara Malaysia, berdekatan Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini ialah bagi menambahkan lagi pengetahuan pelajar dalam modul pemfailan pada semester 1 dan semester 3. Semoga dengan lawatan berguna ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman bagi pelajar tahun 1 dan tahun 2.
Rabu, 10 September 2014, Jabatan Pengurusan Perniagaan mengadakan Pertandingan Membina Blog PPN yang disertai oleh pelajar tahun 2 dari program PPN itu sendiri. Pertandingan ini mampu memupuk sikap kerjasama antara pelajar tahun 2 PPN sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar yang lebih memerlukan komitmen dan kerjasama dalam satu pasukan.
Khamis, 7 Mei 2014, Warga kolej dikejutkan dengan penampilan imej korporat bagi pelajar program PPN. Program ini sempena menjayakan Pertandingan Reka Bina dan Usahawan Muda 2014 bagi memenuhi kriteria yang terdapat dalam KSKV(Kurikulum Standard Kolej Vokasional). Objektif program ini adalah untuk mendidik pelajar PPN dalam dunia perniagaan sebenar dan memupuk semangat usahawan.